Sunday, July 31, 2011
Langkah baru tangani kenaikan harga barang dikaji
PAGOH 30 Julai — Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat...
Friday, July 29, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Monday, July 25, 2011
Makanan berteknologi angkasa
Apabila manusia bercita-cita untuk ke angkasa lepas, pelbagai teknologi mula dibangunkan khas untuk tujuan tersebut. Bermula daripada pembinaan kapal angkasa berteknologi tinggi yang mampu membawa angkasawan keluar dari atmosfera bumi sehinggalah kepada proses penyediaan makanan dan minuman untuk mereka. Apa yang pasti, tanpa makanan dan minuman yang terbaik tidak mungkin angkasawan dapat bertahan lama ketika berada di angkasa...
Sunday, July 24, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Blog, Facebook, Twitter bukan kewartawanan sebenar
KUALA LUMPUR 20 Julai – Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat, namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat. Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata, berita dan maklumat daripada media...
Tuesday, July 19, 2011
Sunday, July 17, 2011
Penilaian menyeluruh mantapkan sistem pendidikan
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penilaian menyeluruh yang akan dilakukan terhadap sistem pendidikan kebangsaan merupakan satu langkah proaktif Kementerian Pelajaran selepas pelaksanaan Penyata Razak 1956 yang bertujuan memantapkan mutu pendidikan negara selaras dengan piawaian negara maju. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, kajian penilaian tersebut yang kini di peringkat akhir menekankan pelbagai aspek...
Jenayah libatkan remaja, pelajar sekolah semakin meningkat
KUALA LUMPUR 17 Julai - Penglibatan golongan remaja berusia antara 15 hingga 20 tahun dalam kegiatan jenayah dilihat semakin membimbangkan apabila indeks jenayah pembabitan mereka kini mengalami peningkatan yang drastik. Berdasarkan kajian Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), remaja yang terlibat dalam jenayah pada usia itu meningkat sebanyak 1,947 kes atau 38 peratus sepanjang tahun lalu berbanding 1,409 kes yang...
Saturday, July 16, 2011
Komitmen guru resipi kejayaan pelajar - Rosmah
LONDON 15 Julai - Komitmen dan dedikasi guru dalam melaksanakan tugas mereka adalah antara bahan utama dalam resipi bagi pelajar mencapai kejayaan dalam kehidupan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dedikasi yang tinggi berupaya membawa perubahan besar termasuk pada kalangan pelajar daripada keluarga yang serba kekurangan. Rosmah yang menemani suami Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi ke...
Modal insan berkualiti penting untuk bangunkan Malaysia
CYBERJAYA 16 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi percaya pembangunan modal insan berkualiti adalah penyelesaian terbaik untuk membangunkan Malaysia. "Tidak berkemahiran dan berpendidikan bermakna satu kerugian besar, terlepas peluang untuk bersaing dan mencapai kejayaan," katanya. Prinsip itu katanya terpakai bukan saja untuk Malaysia, tetapi juga untuk negara lain. Abdullah berkata, kira-kira separuh...
Friday, July 15, 2011
Keputusan ke IPTA bagi lulusan STPM diumumkan tengah hari ini
PUTRAJAYA 15 Julai - Status keputusan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, semakan itu boleh dibuat di laman web kementerian atau di http://upu.mohe.gov.my. Beliau berkata,...
Sedia kaji Akta Sewa Beli 1967
KUALA LUMPUR 14 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia mengkaji semula, termasuk melakukan pindaan, dalam peraturan baru Akta Sewa Beli 1967 yang didakwa menyusahkan pelbagai pihak. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian itu telah pun mengadakan perjumpaan fasa pertama dengan lima kumpulan terlibat bagi membincangkan mengenai akta itu secara serius....
Penghakiman perlu padat
PUTRAJAYA 14 Julai - Para hakim diingatkan supaya menyediakan penghakiman bertulis yang padat, jelas dan ringkas untuk memudahkan orang ramai membaca dan memahami kandungannya. Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi berkata, penghakiman bertulis yang terlalu teknikal dan panjang berjela hanya menyusahkan orang ramai terutama pihak berkepentingan dalam kes berkenaan untuk mengetahui alasan sesuatu keputusan dibuat. ''Penghakiman...
Tindakan proaktif majukan industri minyak sawit
KOTA KINABALU 14 Julai - Kajian yang dibuat oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) berhubung kritikan terhadap minyak kelapa sawit negara oleh pihak luar membolehkan penyumbang terbesar kepada sektor perladangan itu terus berdiri teguh sehingga kini. Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam berkata, kritikan yang dilemparkan oleh negara luar dijadikan pemangkin dalam usaha meningkatkan penelitian dan kajian terhadap kualiti minyak...
Jangan bayar, pendaftaran biometrik percuma
PUTRAJAYA 14 Julai - Jabatan Imigresen sudah mengesan berlakunya kes penipuan berhubung Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing biarpun ia baru dilancarkan semalam. Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, kes tersebut dikesan di Banting, Ijok, Bukit Bintang dan Taiping yang menggunakan taktik penyamaran sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan tugas pendaftaran. Menurutnya, pihak yang tidak bertanggungjawab...
Thursday, July 14, 2011
Malaysia hasilkan produk plastik mesra alam
SHAH ALAM 13 Julai - Industri bioteknologi negara mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan produk plastik mesra alam pertama yang menggunakan sisa buangan minyak kelapa sawit. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kesemua produk tersebut akan diproses di Loji Pandu Bioplastik Sirim di Jalan Beremban, Seksyen 15 di sini. Beliau berkata, Loji Pandu Bioplastik itu mampu menghasilkan...
Kurikulum baharu memandu perlu konsep kemahiran
BANGI 13 Julai – Kurikulum baharu sekolah atau institut memandu yang bakal diperkenalkan kerajaan tidak lama lagi perlu memberi penekanan kepada ‘konsep kemahiran mengatasi pengetahuan’. Pakar pengangkutan awam, Prof. Dr. Abdul Rahim Md. Nor berkata, ini kerana konsep kemahiran bukan sesuatu yang boleh dihafal atau dibaca semata-mata, sebaliknya memerlukan latihan bagi membiasakan calon dengan keadaan, kesibukan dan halangan...
Rombak seluruh sistem
SEMALAM, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan kurikulum baharu latihan memandu telah siap tetapi memerlukan persetujuan terakhir pihak industri latihan pemanduan untuk dilaksanakan. Walaupun ia disambut baik, rata-rata pihak berpendapat, penggubalan semula kurikulum itu dilihat masih tidak mencukupi sekiranya keseluruhan sistem pengambilan lesen memandu di negara ini tidak turut...
JAS diarah tingkat paras air kawasan gambut
SIBU 14 Julai - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diarah meningkatkan paras air di kawasan tanah gambut yang luas di seluruh negara dalam usaha untuk menghadapi kemungkinan tercetusnya kebakaran. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, tindakan ini merupakan satu daripada usaha mengekang masalah jerebu daripada terus bertambah buruk. "Kita mempunyai kawasan tanah gambut di Sarawak (Miri),...
Wednesday, July 13, 2011
Jerebu kembali lagi melanda negara
KUALA LUMPUR 12 Julai — Jerebu kembali melanda negara apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) 38 lokasi atau 76 peratus menunjukkan bacaan sederhana iaitu antara 51 hingga 100. Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 5 petang ini antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana adalah Bukit Rampai (81), Port Dickson (72), Kuala Selangor (89) dan Banting (71). Kualiti udara di ibu...
Pendaftaran biometrik pekerja asing berjalan lancar
KUALA LUMPUR 13 Julai – Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah bermula hari ini selama dua minggu, dengan syarikat besar yang mempunyai jumlah pekerja melebihi 500 orang dikehendaki mendaftar awal. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, proses pendaftaran Biometrik itu berjalan lancar sejak dimulakan pagi tadi di Jabatan Imigresen seluruh negara. "Dengan Biometrik ini, Jabatan...
Followers
TENTANG DIRI SAYA

- MALEQUE SELAMAT
- GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)
ALAMAT EMAIL
ANDA BERMINAT?
LEARNING TO SCORE
- 2008 KERTAS 2 - SET 3
- 2008 KERTAS 2 - SET 2
- 2008 KERTAS 2 - SET 1
- 2008 KERTAS 1 - SET 3
- 2008 KERTAS 1 - SET 2
- 2008 KERTAS 1 - SET 1
- 2007 KERTAS 2 - SET 4
- 2007 KERTAS 2 - SET 3
- 2007 KERTAS 2 - SET 2
- 2007 KERTAS 2 - SET 1
- 2007 KERTAS 1- SET 1
- 2007 KERTAS 1 - SET 2
- 2006 KERTAS 2 - SET 3
- 2006 KERTAS 2 - SET 2
- 2006 KERTAS 2 - SET 1
- 2006 KERTAS 1 - SET 3
- 2006 KERTAS 1 - SET 2
- 2006 KERTAS 1 - SET 1
- 2005 KERTAS 2 - SET 2
- 2005 KERTAS 2 - SET 1
- 2005 KERTAS 1 - SET 2
- 2005 KERTAS 1 - SET 1
SOALAN PENGAJIAN AM 1
SOALAN PENGAJIAN AM 2
APA KATA ANDA?
KOMENTAR TERAKTIF
Widget by Blogger Widgets