Kes tertunggak boleh hakis kepercayaan rakyat - PM
![]() |
| Datuk Seri Najib Tun Razak |
![]() |
| Datuk Seri Najib Tun Razak |
![]() |
| TUN ZAKI AZMI |
![]() |
| Tun Zaki Azmi |
![]() | ||
| DATUK SERI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH |
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kementerian Pelajaran sedang menunggu laporan daripada pihak polis mengenai kejadian sekumpulan 20 pelajar menyerang dan mencederakan beberapa pelajar sebuah sekolah di Jalan Bukit Nanas semalam, sebelum tindakan yang sesuai dikenakan terhadap mereka.Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara laporan yang perlu diteliti adalah sama ada 20 pelajar itu benar-benar bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melawati dan SMK Padang Tembak, Jalan Semarak seperti yang didakwa mangsa.
"Jika didapati memang pelajar sekolah itu terlibat, maka kementerian tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan terhadap mereka. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar yang terlibat dalam masalah gangsterisme.
"Pelajar yang terlibat dengan gangsterisme akan diberi amaran, digantung atau buang sekolah. Ia bergantung kepada berapa serius tindakan mereka. Jika serius, pelajar terlibat boleh dibuang sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan 20 pelajar dari dua buah sekolah di ibu negara bertindak seperti gengster dengan menyerang dan mencederakan beberapa pelajar sebuah sekolah di Jalan Bukit Nanas dekat sini, semalam.
Mangsa antaranya diserang menggunakan pemegang kunci motosikal dan besi panjang.
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini. Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.
"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini.
"Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.
"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan 'kekasihnya' seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini.
Jelas Mohd. Jurit, berdasarkan pemerhatiannya, budaya songsang itu sebenarnya semakin menular dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin disebabkan pengaruh media Barat yang gemar 'menghalalkan' watak gay pada cerita-cerita popularnya.
"Pencegahan awal seperti menghalang perkahwinan sebegini adalah amat penting bagi menjamin akhlak rakyat tidak runtuh. NGO juga perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang perkembangan negatif ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, perkahwinan sejenis adalah bertentangan dari segi moral serta budaya dan tidak diterima di negara ini.
"Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Saya pasti masyarakat mengetahui hal ini, tetapi mengapa dia (Wen Feng) masih berdegil mahu melakukan majlis perkahwinan di sini.
"Jika dia masih mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya di sini bulan depan, bererti dia sudah melanggar Perlembagaan negara," tambahnya.
Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM dan NORMAIRAH JAMALUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PULAU PINANG 13 Ogos - Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara di masjid dan surau dipersoalkan sama ada mengikut prosedur betul atau sebaliknya.Ini berikutan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bertarikh 3 Ogos lalu mengenai larangan itu tidak dinyatakan bahawa fatwa dikeluarkan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Pulau Pinang.
Persoalan itu dilontarkan di laman blog http://novandri.blogspot.com.
Menurut blog berkenaan, mengikut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, sebelum sesuatu fatwa diwartakan, Jawatankuasa Fatwa Negeri mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, jika kita merujuk surat pekeliling dan enakmen itu, ternyata keputusan JHEAIPP tidak ikut prosedur betul.
"Persoalannya, apakah Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum mewartakan fatwa kontroversi ini?
"Jika merujuk surat pekeliling, tiada klausa yang mengatakan bahawa pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," jelas blog itu.
Kata blog itu lagi, jika mendapat perkenan baginda, Majlis Fatwa Negeri hendaklah memaklumkan kepada kerajaan negeri sebelum disiarkan dalam warta.
Bagaimanapun, ujarnya, Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim menafikan tahu tentang fatwa tersebut.
"Malah, yang menghairankan adalah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pembacaan tidak dilarang untuk memasang pita rakaman bacaan ayat suci al-Quran selagi tidak mengganggu orang yang sedang melakukan ibadah," katanya.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
SERDANG: Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Serdang mendapat sambutan memberangsangkan meskipun baru tiga minggu beroperasi dengan kehadiran 89 pesakit untuk mengikuti sesi pembelajaran.
ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan bagi kes membabitkan seorang remaja lelaki, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling topi keledar anggota polis yang sedang melakukan rondaan di FELCRA Lubuk Sireh, Perlis kira-kira 9.40 malam Sabtu lalu.