Tuesday, February 15, 2011

Pertahan hak Melayu berdasarkan Perlembagaan

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Rakyat diminta menghayati Perlembagaan dan syarat pembentukan Malaysia ba gi mengelak salah faham kedudukan kaum Melayu dan raja-raja Melayu yang dipersetujui 54 tahun lalu.

Pada masa sama, ahli akademik menuntut orang Melayu menghen tikan sengketa sesama mereka bagi memastikan usaha memperjuangkan hak Melayu dapat diperkukuhkan.

Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Tek nologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, ahli politik juga perlu berhenti mempolitikkan perkara menyentuh isu perkauman.

Katanya, sering kali isu tersebut dipolitikkan sehingga menimbulkan ketegangan yang membawa kepada perpecahan perpaduan kaum akibat daripada wujudnya prasangka.

“Ahli politik seharusnya menge luarkan idea yang bernas serta ber sifat kenegaraan dan membincang kan secara telus isu-isu pembangunan ekonomi dan pentadbiran negara,” katanya kepada Utusan Malaysia ke tika dihubungi di sini.

Beliau diminta mengulas ucaptama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Ma hathir Mohamad pada Simposium Di lema Melayu Orang Melayu yang di adakan kelmarin.

Dr. Mahathir berkata, orang Me layu kini berada dalam dilema besar apabila tidak lagi boleh bercakap me ngenai kepentingan Melayu kerana bimbang dikatakan rasis dan tidak mampu mempertahankan diri sen diri kerana lebih banyak mengalah kononnya untuk mendapatkan ke amanan.

Menurut Ramlah, pertubuhan bu kan kerajaan (NGO) Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Mala ysia (Perkasa) perlu memainkan pe ranan dengan lebih aktif dalam me nerangkan kepentingan dan hak is timewa orang Melayu kepada rakyat di negara ini.

Jelasnya, jika perkara tersebut da pat difahami semua pihak maka tidak seharusnya bangsa lain di negara ini berasa terancam apabila isu berhu bung kepentingan Melayu dibang kitkan berdasarkan akta yang ter kandung dalam Perlembagaan.

Sementara itu, Pensyarah Kolej Un dang-Undang, Kerajaan dan Penga jian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling berkata, orang Melayu kini hilang suara untuk menuntut ke pentingan mereka sendiri kerana ter perangkap dengan permainan politik yang diuar-uarkan parti pembang kang selama ini.

Lebih malang, katanya, terdapat segelintir orang Melayu menggadai kan maruah mereka demi mencapai kepentingan peribadi.

Jelasnya, ketika orang Melayu ma sih berada dalam dilema, bangsa lain terlebih dahulu bersatu menyuara kan nasib dan hak masing-masing tanpa mengira fahaman politik.

“Justeru itu, parti politik Melayu perlu berganding bahu dan menge tepikan perbezaan ideologi untuk memperjuangkan nasib bangsa.

“Dengan mewujudkan doktrin ‘ke serakanan’ Melayu, saya percaya parti politik Melayu dapat duduk bersama untuk membincangkan nasib bangsa mereka dengan lebih telus,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama generasi muda harus diberi kebe basan dan dipupuk semangat untuk memperjuangkan kepentingan bang sa Melayu.

Pensyarah Kanan Kolej Peniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah pula tidak menafikan sekiranya orang Melayu menggunakan peluang daripada Da sar Ekonomi Baru (DEB), kedudukan ekonomi mereka boleh melebihi da ripada yang diperuntukkan.

“Bagaimanapun sikap orang Me layu yang sering menjaga hati orang lain menyebabkan mereka tidak da pat menggunakan peluang yang di berikan oleh kerajaan.

“Apatah lagi, DEB pada ketika itu tidak difahami sepenuhnya menye babkan hanya segelintir orang Me layu mendapat manfaat daripada da sar tersebut,” katanya.

Justeru itu, Haim Hilman berkata, sudah sampai masanya mereka me nyatakan dengan lebih jelas apa yang dimahukan dalam pembangunan ekonomi negara.

Katanya, menerusi pelaksanaan da sar yang cekap serta menggunakan strategi yang ampuh diharapkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Te raju) dapat membantu membangun kan ekonomi bangsa Melayu.

Banteras awal sentimen perkauman sempit - Tuanku Mizan

PUTRAJAYA 15 Feb. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah setiap rakyat Malaysia haruslah mengikis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat.

Baginda bertitah sentimen perkauman yang sempit mestilah dibanteras daripada awal sebelum ia membarah dalam masyarakat.

"Bersamalah kita membina negara yang tercinta ini dengan nilai kasih sayang dan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina janganlah kita runtuhkan hanya kerana mencari keuntungan yang sementara,” titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bertemakan 1Malaysia 1Ummah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana sambutan Maulidur Rasul memberi makna tersendiri kepada seluruh umat Islam dan bersama membuktikan kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya menghayati sejarah dan perjuangan Rasulullah bagi menegakkan Islam yang tercinta. - Bernama

Singapura temui antibodi yang dapat sembuhkan Chikungunya

SINGAPURA 15 Feb. - Singapura berkata ia telah menemui dua antibodi monoklonal manusia yang baru yang boleh menyembuhkan Chikungunya, sejenis penyakit yang ketika ini masih belum ada vaksin atau rawatan khusus mengenainya.

Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) republik itu berkata penemuan itu dibuat oleh Singapore Immunology Network (SIgN), iaitu sebuah institusi di bawah sayapnya dan sebuah syarikat biofarmaseutikal Perancis, Vivalis, yang menjalankan kerjasama penyelidikan.

Penemuan penting itu telah diterbitkan dalam Journal of Immunology, kata A*STAR dalam satu kenyataan hari ini.

Chikungunya merebak luas di Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara, berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, nyamuk yang sama menyebarkan virus demam denggi. - Bernama

Saturday, February 5, 2011

RM16.8b tubuh pangkalan data DNA

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kerajaan perlu membelanjakan kira-kira RM16.8 bilion jika mahu menubuhkan pangkalan data asid deoksiribonukleik (DNA) secara berpusat.

Jumlah itu tidak termasuk kos pembinaan sebuah makmal lengkap bernilai lebih RM3 juta yang perlu ada di setiap negeri dan keperluan melatih lebih ramai tenaga kerja dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Dekan Pusat Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin menegaskan, dengan adanya data tersebut, selain boleh digunakan oleh pihak berkuasa untuk membanteras pelbagai jenis jenayah, profil DNA tersebut boleh digunakan untuk kes mengenal pasti mayat tiada identiti yang tidak dituntut.

Beliau yang juga pakar rujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai DNA memberitahu, cadangan mewujudkan pangkalan data DNA sebenarnya bukanlah perkara baru, sebaliknya ia pernah dibincangkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melihat keperluannya seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi.

"Namun adakah kita sanggup mengeluarkan kos yang tinggi seperti yang dibuat oleh negara maju yang mempunyai pangkalan seperti itu?

"Di samping itu, kos penyelenggaraan dan pengurusan yang agak tinggi kerana sampel DNA memerlukan perhatian khusus berikutan bimbang berlaku kesilapan sepanjang proses analisis dijalankan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, perkembangan teknologi forensik di negara ini masih di peringkat pertengahan dan masih memerlukan ramai pakar di samping kemudahan serta peralatan makmal juga perlu ditingkatkan bagi membolehkan seiring dengan negara maju dalam bidang ini.

"Di seluruh negara hanya terdapat empat makmal DNA di bawah Jabatan Kimia Malaysia dan sebuah makmal persendirian yang berada di bawah kendalian USM.

"Malah kita juga kekurangan pakar dalam bidang ini, oleh sebab itu, kita masih belum mampu untuk mencapai tahap yang betul-betul bersedia untuk melaksanakan matlamat ini.

Mengulas isu mayat tiada identiti yang tidak dituntut, beliau menjelaskan, selain mengesan melalui rekod pergigian dan DNA, sebagai asas dan permulaan, harus diwujudkan laman web orang hilang agar pihak hospital atau orang ramai dapat mengesan waris yang hilang.

"Wujudkan laman web orang hilang agar mereka yang kehilangan atau mencari waris boleh memasukkan identiti asas seperti gambar, ketinggian dan saiz badan.

"Belum ada sistem yang boleh mengesan orang hilang ketika ini dan hebahannya pun belum cukup meluas," katanya.

AES mampu awasi 95 peratus kesalahan trafik

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) mampu mengawasi kesalahan trafik sehingga 95 peratus berbanding penguatkuasaan trafik sebanyak 25 peratus pada hari biasa.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, kamera yang menggunakan sistem dalam talian itu akan dilancarkan dalam usaha mengurangkan pesalah trafik di negara ini.

"Fungsi AES adalah meningkatkan kecekapan penguatkuasaan. Sistem ini membolehkan saman dikeluarkan segera dan tidak seperti sebelum ini yang mana saman dikeluarkan dalam tempoh yang agak lama.

"Selain berperanan sebagai perangkap kelajuan, AES turut digunakan mengawasi kawasan berisiko berlaku kemalangan, masalah jenayah dan memantau keadaan trafik," katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina di Terminal Bas Bukit Jalil, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Suret berkata, pelaksanaan sistem tersebut masih lagi dalam perbincangan antara Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan JKJR.

Sementara itu, beliau berkata, JKJR menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kadar peningkatan kemalangan di negara ini.

"Sebanyak 61 peratus kemalangan berpunca daripada penunggang motosikal, jadi dengan penggunaan kenderaan awam ia dapat mengurangkan risiko mengalami kemalangan sehingga 300 kali ganda.

"Satu daripada strategi kita adalah menggalakkan penunggang motosikal menggunakan pengangkutan awam kerana ia boleh mengurangkan risiko kemalangan," katanya.

Dalam pada itu, Suret berkata, setakat ini jumlah kematian dicatatkan dalam Ops Sikap ke-23 menunjukkan penurunan 12.8 peratus berbanding 18.5 peratus pada hari biasa.

"Ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun melalui kempen Ops Bersepadu ke-23 dan Ops Sikap, saya yakin kadar kemalangan menurun pada musim perayaan ini," katanya.

Sementara itu, Suret turut menasihatkan orang ramai supaya melunaskan saman tertunggak sebelum dikenakan tindakan lebih berat oleh pihak berkuasa.

"Tarikh terakhir pembayaran bagi saman tersebut adalah sebelum 28 Februari ini. Orang ramai diminta melangsaikan saman bagi mengelakkan tindakan penyenaraian hitam atau pengantungan lesen," katanya.

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
There was an error in this gadget
Sejak 12 September 2009

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.