Saturday, February 5, 2011

RM16.8b tubuh pangkalan data DNA

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Kerajaan perlu membelanjakan kira-kira RM16.8 bilion jika mahu menubuhkan pangkalan data asid deoksiribonukleik (DNA) secara berpusat.

Jumlah itu tidak termasuk kos pembinaan sebuah makmal lengkap bernilai lebih RM3 juta yang perlu ada di setiap negeri dan keperluan melatih lebih ramai tenaga kerja dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Dekan Pusat Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin menegaskan, dengan adanya data tersebut, selain boleh digunakan oleh pihak berkuasa untuk membanteras pelbagai jenis jenayah, profil DNA tersebut boleh digunakan untuk kes mengenal pasti mayat tiada identiti yang tidak dituntut.

Beliau yang juga pakar rujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai DNA memberitahu, cadangan mewujudkan pangkalan data DNA sebenarnya bukanlah perkara baru, sebaliknya ia pernah dibincangkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melihat keperluannya seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi.

"Namun adakah kita sanggup mengeluarkan kos yang tinggi seperti yang dibuat oleh negara maju yang mempunyai pangkalan seperti itu?

"Di samping itu, kos penyelenggaraan dan pengurusan yang agak tinggi kerana sampel DNA memerlukan perhatian khusus berikutan bimbang berlaku kesilapan sepanjang proses analisis dijalankan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, perkembangan teknologi forensik di negara ini masih di peringkat pertengahan dan masih memerlukan ramai pakar di samping kemudahan serta peralatan makmal juga perlu ditingkatkan bagi membolehkan seiring dengan negara maju dalam bidang ini.

"Di seluruh negara hanya terdapat empat makmal DNA di bawah Jabatan Kimia Malaysia dan sebuah makmal persendirian yang berada di bawah kendalian USM.

"Malah kita juga kekurangan pakar dalam bidang ini, oleh sebab itu, kita masih belum mampu untuk mencapai tahap yang betul-betul bersedia untuk melaksanakan matlamat ini.

Mengulas isu mayat tiada identiti yang tidak dituntut, beliau menjelaskan, selain mengesan melalui rekod pergigian dan DNA, sebagai asas dan permulaan, harus diwujudkan laman web orang hilang agar pihak hospital atau orang ramai dapat mengesan waris yang hilang.

"Wujudkan laman web orang hilang agar mereka yang kehilangan atau mencari waris boleh memasukkan identiti asas seperti gambar, ketinggian dan saiz badan.

"Belum ada sistem yang boleh mengesan orang hilang ketika ini dan hebahannya pun belum cukup meluas," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
Sejak 12 September 2009
Documents

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.