
Nampaknya kena buat sesuatu bagi mengatasi masalah ini. Ataupun masalah itu sebenarnya hanya soal mentaliti atau mind-set yang telah terbina sejak masuk ke tingkatan enam? Ada lima bahagian dan enam soalan kena jawap. Soalan kertas 1 lagi..
Lebih mengharubirukan ialah, Pengajian Am kena dapat sekurang-kurangnya "c", baru boleh masuk universiti. Mungkin ia menambahkan lagi tekanan kepada pelajar. Mungkin untuk lebih jelas lagi saya kena buat lagi satu soal selidik, bagi mencari jawapan secara spesifik antara lima bahagian mana tersebut, bahagian manakah yang paling susah.
Harapan saya manfaatkan apa juga bentuk komunikasi dalam memperbaiki aspek kelemahan yang telah dikenal pasti. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan... di mana ada kesungguhan di situ ada kejayaan...
2 comments:
Saya cadangkan guru-guru yang mengajar pengajian am membuat kajian tindakan tentang bahagian mana yang paling susah mengikut persepsi pelajar.
Berdasarkan pengalaman, saya dapati pelajar saya tidak ramai yang boleh jawab semua bahagian dalam tempoh 3 jam yang diberikan.
Salam...Terima kasih cikgu atas komen yang diutarakan. Kalau tak silap sudah ada yang buat kajian secara peribadi tentang bahagian mana yang sukar dalam mata pelajaran Pengajian Am ini. Cuma kajian yang komprehensif mungkin belum ada sebab ia berasaskan kepada situasi setempat. Kalau sekolah di bandar yang majoritinya pelajar bukan Melayu/ peribumi, bahagian D tidak ada masalah malah bahagian-bahagian lain juga tidak bermasalah sangat. Tetapi di kawasan luar bandar hampir semua bahagian bermasalah.. Kerana dalam PA, aspek kebahasaan tidak membawa impak yang terlalu besar. Jika pelajar dapat mengemukakan isi, ada huraian contoh sudah dianggap lengkap.
Saya setuju, bahawa masalah utama PA kertas 2 bukan tak boleh jawab tetapi tak cukup masa nak buat... Dan, kalaulah masa menjawab tu empat jam... memang ramai yang boleh jawab dengan baik kecuali soalan esei... sangat bergantung kepada aspek pengetahuan, kefahaman pelajar...
Post a Comment