Sunday, September 13, 2009

TUGASAN ULASAN MASUK DALAM MARKAH AKHIR TAHUN: APA PANDANGAN ANDA?

Selaras dengan kemajuan dalam bidang ICT, hampir setiap pelajar kian terdedah dengan aplikasi tersebut. Sebagai contoh, permohonan ke pusat pengajian tinggi  dan permohonan ke sekolah berasrama penuh menggunakan sistem dalam talian. Manakala kepada pencari pekerjaan pula kini hampir semua permohonan dibuat secara dalam talian.
Sehubungan dengan itu, saya bercadang untuk membuka ruang kepada para pelajar Tingkatan 6 Rendah Waja untuk menemukakan pandangan serta alasan dalam makluman ini. Sila nyatakan nama semasa menghantar komen tersebut. Dalam cadangan itu mestilah dinyatakan alasan-alasan yang jitu sama ada untuk menerimanya atau menolak.
Sehingga kini, saya beradang untuk menetapkan sekitar 10% daripada markah peperiksaan akhir tahun. Kepanjangan ulasan tersebut sekitar 100 patah perkataan.
Sekian terima kasih.

14 comments:

BLOG PENGAJIAN AM said...

Satu idea yang bagus. Boleh membantu pelajar menggunakan aplikasi ICT dalam P&P.. Syabas

sy said...

Saya amat setuju dengan cadangan anda kerana hal ini menambah ilmu pelajar tentang aplikasi ICT yang terdapat dalam P&P... Bagus!


Chan Shin Yiing

【非主流家族】威廉 said...

Idea ini sangat bagus kerana membolehkan pelajar yang tidak menyentuh bidang ICT dapat memahami bidang ini.

【非主流家族】威廉 said...

Idea ini sangat bagus kerana membolehkan pelajar yang tidak menyentuh bidang ICT dapat memahami bidang ini. Daripada Ng Mei Lai

【非主流家族】威廉 said...

Ini adalah satu idea yang agak bagus, kerana cara ini membolehkan pelajar lebih mahir dalam bidang ICT. Selain itu, pelajar juga boleh tahu bahawa kewujudan "blog" dan mula menggunakannya pada masa depan. Daripada william.

Unknown said...

idea yang bagus, dengan ini pelajar boleh lebih dekat dengan bidang ICT dan dapat lebih imformasi darinya

ng said...

saya sangat bersetuju dengan idea ini. Kemajuan ICT telah banyak mengubahkan kehidupan kita. Sebagai contohnya, ICT membolehkan kita mencari maklumat dan belajar sendiri di internet.

cho said...

ini merupakan idea yang bagus.Ia dapat meluaskan pengetahuan pelajar melalui ICT.

Unknown said...

saya bersetuju dengan cadangan tersebut, ini merupakan cadagan yang bagus dan mempunyai banyak faedah kepada pelajar kerana pelajar boleh mendapat banyak ilmu dan pengetahuan tentang aplikasi ICT dalam P&P. Idea yang bagus.
Daripada Ling Yoke Chong

Unknown said...

Saya amat bersetuju dengan cadangan anda. Saya berasa ideal anda sempurna.aplikasi ICT dapat menjimat masa semasa permohonan ke pusat pengajian tinggi dan permohonan ke sekolah berasrama penuh.selain itu, bukan saja menjimatkan masa, juga boleh dapat "balasan" dalam masa yang sangat singkat berbanding dengan masa dulu.pada masa dulu, para pemohon perlu menulis surat kepada syarikat yang para pemohon berminat, dan para pemohon juga perlu menunggu "balasan: daripada syarikat dalam masa yang panjang.Oleh itu, aplikasi ICT dapat membantu kita.

daripada: Chong Yung Khong

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya bersetuju bahawa kini hampir setiap pelajar kian terdedah dengan aplikasi kemajuan dalam bidang ICT. Idea tersebut bagus kerana pelajar dapat memperolehi banyak manfaat daripada aplikasi tersebut. Sebagai contoh, pelajar dapat mencari maklumat tentang mata pelajaran yang dipelajari. Hal ini bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan malah juga dapat mengetahui perkembangan ekonomi sesebuah negara dari semasa ke semasa. Selain itu, pelajar yang mahir dalam bidang ICT juga berdaya saing dengan orang dari luar negara pada masa depan.
Daripada: Foong Pei Gen

Unknown said...

Saya bersetuju dengan cara beliau membuka peluang untuk pelajar melayari laman web seperti blog untuk mendapat 10% daripada markah peperiksaan akhir tahun. Cara sedemikian bukan sahaja dapat menyemarakkan hati pelajar untuk berusaha mencapai 10% markah tersebut malah juga mendorong pelajar melayari laman web dengan cara yang betul seperti untuk pembelajaran. Selain itu,pelajar pada masa kini juga harus menjadikan laman wen sebagai "guru sampingan" mereka kerana banyak ilmu pengetahuan sampingan yang boleh kita timba melaluinya dan ini banyak menbantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Di samping itu, kemajuan yang pesat dalam bidang ICT turut menjaminkan pelajar boleh mendapatkan maklumat yang terkini supaya tidak akan ketinggalan dengan kemajuan masa kini. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan idea beliau yang banyak membawa manfaat kepada pelajar.

Daripada:Ng Kar Heng

Anonymous said...

Cadangan yang bagus.Saya amat menyokong idea ini.
Pengunaan ICT dalam P&P bukan sahaja dapat mendorong pelajar menguasai kemahiran aplikasi ICT tetapi juga boleh mendedahkan lebih banyak ilmu pengetahuan kepada pelajar.Ia sangat berguna untuk seseorang pelajar pada masa hadapan.sekiranya ia dilaksanakan di seluruh sekolah,saya yakin mesti akan dapat balasan yang baik.BAGUS!!!
Daripada LAU LIN TIONG

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
Sejak 12 September 2009
Documents

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.