Tuesday, September 15, 2009

ISU 2: PONTENG

Berdasarkan kenyataan di bawah, sila kemukakan ulasan anda dengan kepanjangan perkataan tidak kurang daripada 100 patah perkataan

Dewasa ini tabiat ponteng sekolah dan ponteng kelas kian menjadi-jadi. Mereka seolah-seolah tidak betah berada dalam kawasan sekolah. Jika ada peluang dan kesempatan, mereka tidak berfikir panjang untuk tidak datang ke sekolah atau tidak mengikuti mata-mata pelajaran tertentu. Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku?

13 comments:

Janisse said...
This comment has been removed by the author.
Janisse said...

Pada pandangan saya,pelajar suka ponteng kelas atau sekolah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang tidak baik.Pelajar yang tidak matang pemikirannya akan senang dipengaruh oleh kawan-kawan mereka.Sebagai contoh,jika salah seorang kawan mengajak mereka untuk ponteng sekolah dan keluar melepak di tapak-tapak hiburan seperti pusat beli-belah,pawagam,"cyber cafe" dan lain-lain tempat,mereka akan turut mengikut tanpa berfikirkan betul ataupun salah perbuatan mereka pada masa itu.Oleh itu,kerajaan harus melakukan sesuatu untuk menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar di negara kita.
Daripada CHUA JIN YIN.

【非主流家族】威廉 said...

Pada pandangan saya,pelajar suka ponteng sekolah kerana teknik guru mengajar dalam kelas tidak dapat menarik minat pelajar untuk menghadir kelas guru mereka.Kadang-kadang guru hanya mengajar berdasarkan buku teks dan tidak mengguna cara mengajar yang lebih menarik.Sebagai contoh, cara mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar ialah mengajar melalui komputer.Selain itu,sesetengah pelajar juga berasa sangat bangga apabila mereka ponteng sekolah.Mereka berpendapat begitu kerana mereka berasa pelajar lain tidak mempunyai keberanian berbuat demikian.Tambahan pula,apabila mereka melepak di kawasan luar sekolah dengan memakai baju sekolah pada masa persekolahan,mereka berasa amat megah kerana mereka dapat menarik perhatian orang ramai. Daripada Ng Mei Lai.

Unknown said...

pada pandangan saya, pelajar suka ponteng kerana tidak minat akan pelajaran yang bosan dan tidak dapat menarik perhatian mereka. oleh itu mereka lebih suka menghabiskan masa mereka di tempat tempat yang tidak menberi manfaat kepada mereka.sebagai contoh,pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian akan sentiasa rasa bosan duduk dalam kelas, mereka rasa melepak di komplek beli-belah lebih seronok. selain itu, saya rasa rakan sebaya juga memainkan peranan,hati mereka sudah goyang tambah dengan kata-kata rakan yang manis turut menyebabkan mereka ponteng sekolah.

daripada shiew onn

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Pada pandangan saya, saya rasa pelajar sekarang suka memonteng sekolah atau kelas adalah kerana mereka rasa sendiri tidak berpotensi dalam pelajaran dan akan menbazirkan masa semasa dalam sekolah atau kelas. Oleh itu mereka akan memilihkan cadagan seperti ponteng sekolah atau kelas. Sebagai contohnya, sekiranya pelajar tersebut mendapat keputusan yang amat kecewa seperti terdapat 8E dalam semua matapelajaran peperiksaan PMR, mereka akan rasa sendiri tidak berpotensi dan tiada keyakinan yang cukup untuk mereka meneruskan pelajaran, oleh demikian, mereka akan memilihkan memonteng sekolah atau kelas demi tidak akan membazirkan masa dan tidak akan dimarahi oleh guru. Seterusnya, mereka akan pergi ke sesuatu tempat yang boleh menjadikan mereka rasa seronok dan dapat menghabiskan masa tesebut. Selain itu, pelajar rasa bosan dan tidak minat dalam pelajaran juga ialah salah satu faktor yang menyebabkan pelajar suka ponteng sekolah atau kelas, oleh itu, mereka akan pergi ke sesuatu tempat seperti "cyber cafe" untuk menjadikan mereka rasa lebih seronok dan tidak rasa bosan seperti dalam sekolah atau kelas.
Daripada Ling Yoke Chong

Unknown said...

Pada pandangan saya,gejala ini yang makin kian menjadi-jadi adalah disebabkan cara sesetengah guru mangajar tidak dapat menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Walaupun setiap guru adanya pengetahuan yang luas tetapi ini tidak bermakna mereka dapat mengajar baik. Contohnya,seorang guru yang berpengetahuan luas tetapi apabila masuk kelas beliau hanya akan menyuruh pelajarnya salin nota,mereka tidak akan dapat menarik minat pelajarnya terhadap pelajarannya malah akan menimbulkan keraguan pelajar terhadap kemahiran guru tersebut. Apabila pelajarnya berasa bosan masuk kelas tersebut maka mereka akan memilih ponteng sekolah dan ponteng kelas.

Daripada:Ng Kar Heng

Unknown said...

Pada pandangan saya,sesetengah pelajar suka ponteng sekolah atau ponteng kelas kerana mereka tidak berminat terhadap subjek tersebut atau berasa membazir masa dalam mata pelajaran yang mereka tidak berminat. Selain itu,sesetengah guru suka menggunakan komputer untuk mengajar pelajar. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar berasa bosan serta tidak berminat terhadap pelajaran yang melalui komputer.
Oleh demikian,pelajar-pelajar berniat ponteng sekolah atau ponteng kelas.Sesetengah guru tidak masuk ke kelas untuk mengajar, hal ini juga menyebabkan sesetengah pelajar berniat ponteng sekolah atau ponteng kelas.

darapada:Chong Yung Khong

Unknown said...

Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor yang mendorong sesetengah pelajar suka ponteng sekolah dan ponteng kelas. Pertama-tama, pelajar berasa proses pengajaran guru yang bosan dan kurang menarik. Contohnya, sesetengah guru hanya mengajar berdasarkan buku teks sahaja. Pelajar berfikir bahawa mereka boleh membaca sendiri di rumah dan bertindak tidak hadir ke sekolah. Kedua, pengaruh rakan sebaya turut merupakan faktor pelajar suka ponteng sekolah dan ponteng kelas. Sesetengah pelajar yang tidak matang menerima ajakan rakan sebayanya ponteng sekolah bersama-sama kerana mereka takut akan menyinggung perasaan rakannya. Pelajar beranggapan bahawa mereka tidak setia kawan jika mereka tidak menerima ajakan rakannya untuk melepak di cyber café atau komplek membeli-bela. Mereka juga tidak berfikir panjang bahawa kesan daripada sering ponteng sekolah akan menjejaskan markah peperiksaan. Ketiga, peraturan sekolah yang longgar juga “memberanikan” pelajar sering ponteng sekolah dan ponteng kelas. Pelajar tidak takut denda dan tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka yang sering ponteng sekolah. Misalnya, pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang tegas seperti gantung sekolah terhadap pelajar yang sering ponteng sekolah tetapi hanya memberi amaran sahaja. Justeru, ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah tersebut supaya pelajar tidak membazir masa untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah sewaktu belajar.
Daripada: Foong Pei Gen

Anonymous said...

Dari segi sudut pandangan saya,punca utama yang mendorongkan pelajar ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya pelajar.Hal ini kerana remaja kini lebih gemar mengikuti tindak-tanduk rakan setia sendiri dan lebih menurut kata-kata kawan mereka berbanding dengan mendengar nasihat-nasihat orang tua.Justeru,pelajar sekarang amat senang dipengaruhi perbuatan rakan sebaya sendiri,contohnya,sekiranya rakan seseorang pelajar melakukan sesuatu yang tidak baik seperti ponteng sekolah dan akan mengajak pelajar tersebut melakukan bersama,pelajar tersebut akan menurut ajakan itu.Selain itu,Pembelajaran dan Pengajaran(P&P) yang dijalankan di kelas kurang menarik dan bosan juga menyebabkan pelajar ponteng sekolah.Keadaan ini boleh membunuh minat pelajar untuk belajar di kelas dan mereka akan ponteng sekolah supaya tidak menghadir kelas tersebut.Situasi ini akan diburukan lagi jikalau guru yang mengajar bersikap garang.Secara tuntasnya,kita harus mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi gejala sekolah ini.
Daripada LAU LIN TIONG

Anonymous said...

pada pendapat saya,pelajar ponteng sekolah kerana didorong oleh perasaan ingin memberontak terhadap peraturan sekolah yang melampau..cikgu sepatutnya mengalakkan pelajar untuk cuba mengeksperiasikan perassan mereka dengan mengalakkan lebih banyak program yang menarik di sekolah.dengan ini mereka akan merasakan sekolah adalah satu tempat yang tidak mebosankan.

daripada xoxo gossip girls

Anonymous said...

sape tak penah ponteng?
chill la.


daripada blogger boy.

Anonymous said...

moon poyo..

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
Sejak 12 September 2009
Documents

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.