Tuesday, September 15, 2009

ISU 1: ROKOK

Berdasarkan kenyataan di bawah, sila kemukakan ulasan anda dengan kepanjangan perkataan tidak kurang daripada 100 patah perkataan
Baru-baru ini kerajaan telah mewajibkan para pengilang rokok memaparkan gambar organ dalam tubuh manusia yang rosak akibat daripada tabiat merokok.
Pada pandanagn anda, adakah dengan langkah tersebut dapat memberi kesedaran kepada para perokok agar tidak meneruskan amalan merokok.

8 comments:

【非主流家族】威廉 said...

Pada pandangan saya, langkah ini dapat memberi kesan atau kesedaran kepada para perokok supaya berhenti daripada amalan merokok. Hal ini kerana gambar-gambar tersebut menunjukkan kesan-kesan merokok, sebagai contoh, paru-paru yang telah menjadi hitam, gigi yang telah mereput, dan sebagainya. Dengan gambar-gambar yang menakutkan tersebut, perokok yang usianya muda akan rasa takut apabila mereka membeli rokok dan ketakutan ini seterusnya menyebabkan mereka berhenti daripada merokok. Selain itu, walaupun perokok yang matang atau dewasa tidak takut akan gambar-gambar tersebut, tetapi mereka juga akan terfikir akibat-akibat yang akan berlaku apabila mereka terus merokok dengan panduan gambar-gambar tersebut. Dengan ini, perokok akan tersedar dan demi kesihatan dan keluarga yang disayangi oleh mereka, mereka akan berhenti daripada terus merokok. Daripada william.

Chan said...

Pada pandangan saya, langkah ini memang dapat memberi kesedaran kepada para perokok agar tidak meneruskan amalan merokok terutamanya perokok yang masih muda. Hal ini kerana gambar-gambar yang dipaparkan oleh kerajaan di seluruh Malaysia amat menakutkan orang. Contohnya, gambar yang menunjukkan paru-paru yang hitam, kesesakan salur darah, gigi yang mereput dan lain-lain. Selain itu, perokok akan berhenti daripada terus merokok dengan melihat gambar-gambar tersebut kerana mereka dapat memikirkan kesannya merokok iaitu menghidap banyak penyakit. Contoh penyakit ialah barah paru-paru, sakit jantung iskaemia, Kanser pundi kencing dan lain-lain.Dengan ketakutan dalam diri seseorang, perokok akan tesedar dan berhentilah merokok demi kesihatan diri dan keluaganya.
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita patut megatakan "Tak Nak" kepada rokok untuk kesihatan semua orang.

Daripada Chan Shin Yiing

sean.919 said...

pada pandangan saya,gambar-gambar tersebut tidak menberi kesan yang effective. perokok rela organ mereka terus rosak daripada menghadapi proses penghentian rokok. sebelum mula menghisap rokok, para perokok telah sedar akan kesan sampingan rokok adalah apa. oleh itu, gambar-gambar itu tidak dapat menberi kesan yang bagus kepada perokok yang telah lama menpunyai tabiat ini. gambar-gambar tersebut hanya dapat prevent pemuda-pemudi sekarang untuk menghisap rokok. pemuda yang menpunyai fikiran yang waras tidak akan 'sentuh' rokok dan akan menbantu atau menasihat rakan supaya berhenti merokok.

cho said...

pada pandangan saya,gambar-gambar tubuh manusia yang rosak kurang berkesan untuk menyedarkan perokok tentang bahayanya merokok.Sebenarnya kebanyakan perokok telah mengetahui kesan-kesan merokok sebelum merokok.Namun,cara ini dapat mengurangkan sebilangan perokok yang kecil.Kesimpulannya,saya berasa memaparkan gambar organ yang rosak kurang berkesan untuk meyedarkan perokok.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, langkah tersebut memang berkesan dijalankan untuk memberi kesedaran kepada perokok berhenti daripada terus merokok.Hal ini demikian kerana gambar-gambar yang terdapat di kotak rokok,iaitu gambar-gambar kerosakan organ akibat menghisap rokok amat menakutkan dan ini dapat menghalang ramai perokok daripada meneruskan amalan merokok.Gambar-gambar contohnya,paru-paru yang rosak,gigi kekuningan yang reput,otak jantung yang berdarah dan sebagainya dapat menakutkan perokok-perokok dan mereka akan berhenti merokok lagi selepas melihat gambar-gambar tersebut.Oleh sebab,seseorang perokok tidak berharap sendiri mendapat kesan-kesan sebegitu selepas merokok lalu membuangkan tabiat buruk ini.Justeru,pihak kerajaan dan pihak para pengilang rokok haruslah bekerjasama dan mempergiatkan lagi langkah ini supaya mengurangkan bilangan perokok di negara kita.
Daripada LAU LIN TIONG

yoon said...

Pada pendapat saya, langkah tersebut kurang berkesan.Kebanyakan perokok telah memahami dan mengetahui keburukan akibat merokok, gambar tersebut tidak menjejaskan tabiat merokok mereka. Begitu juga, pasaran kini terdapat pelbagai kotak rokok yang cantik. Perokok terutamanya remaja sanggup menbazirkan wang untuk membeli sebuah kotak yang cantik untuk mengantikan kotak rokok yang bergambar organ manusia yang rosak. Pelbagai cara untuk mengantikan kotak yang bergambar organ yang rosak dihasilkan. Gambar tersebut juga tidak menghasilkan sebarang kesan terhadap perokok tua.Kian, tindakan ini menpengaruhi tindakan kerajaan terhadap kempen membatas merokok.Cara yang berkesan misalnya menaikkan harga rokok seperti di negara Singapura.Undang-undang perlu diketatkan lagi sama ada terhadap peniaga yang menjual rokok kepada remaja bawah umur 18 ataupun terhadap remaja yang merokok dan memberi rokok bawah umur 18. Namum, pendidikan tentang keburukan dan kesan merokok sejak kecil adalah cara yang paling berkesan. Gambar- gambar organ dalam tubuh manusia yang rosak amat berkesan sekiranya menunjukkan pada masa yang sesuai.

Daripada Yoon Lai Wan

Anonymous said...

pada pendapat saya,,orang tidak aggap apa yang ditayangkan adalah satu realiti..mereka mungkin telah melihat keaadaan sebenar seorang perokok sebagai contoh pakcik mereka dan tidak melihat sebarang kesan daripada rokok ini kepada pak ciknya.mungkin apa yang ditayangkan benar namun hal itu mungkin berlaku sekiranya mereka juga mengambil dadah pada masa yang sama.

daripada xoxo gossip girls

Lily said...

pada pendapat saya, langkah tersebut hanya memberi kesan kepada masyarakat yang prihatin dengan kesihatan mereka.Namun tidak kepada perokok-perokok yang sudah menjadikan tabiat itu sebahagian dari hidup mereka.pada saya kerajaan atau pengilang rokok hanya membuang masa dan menambahkan kos pengeluaran rokok tersebut.Namun gambar tersebut sekurang2nya memberi amaran kepada perokok dan tidak ada alasan lagi untuk mempersalahkan pihak lain sekiranya mereka mendapat kesan daripada rokok tersebut.

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
There was an error in this gadget
Sejak 12 September 2009

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.