Monday, August 1, 2011

PM bakal umum program baharu Teraju

KUALA LUMPUR 31 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan Program Berprestasi Tinggi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang akan dikendalikan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) pada September ini.

Program yang akan diberi nama baru itu bakal memilih 1,100 PKS yang akan dibantu oleh kerajaan bagi membolehkan ia menjadi sebuah syarikat besar dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sumber berkata, syarikat-syarikat terbabit akan dipilih berdasarkan merit yang membabitkan pelbagai jenis kemahiran dan bentuk perniagaan.

''Seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pemilihan kali ini adalah telus dan berdasarkan merit.

''Jadi, kejayaan PKS terbabit bergantung kepada keupayaan mereka dan kerajaan hanya membantu sahaja,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, Teraju yang menyelaraskan program itu akan menyediakan landskap yang lengkap untuk memastikan kejayaan EKS yang terpilih itu.

Sumber itu memberitahu lagi, Teraju tidak mempunyai masalah untuk memilih 1,100 syarikat kerana banyak syarikat bumiputera yang berpotensi di Malaysia.

''Percaya atau tidak sebenarnya banyak syarikat bumiputera yang berjaya sehingga mampu memasarkan produk dan perkhidmatan ke luar negara cuma ia tidak menonjol,'' tambah beliau.

Beliau berkata, Teraju akan mendapatkan bantuan daripada pelbagai agensi berkaitan termasuk Perbadanan Nasional Bhd. (PNS), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (Mara), SME Corp., dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

0 comments:

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
There was an error in this gadget
Sejak 12 September 2009

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.