Tuesday, September 15, 2009

ISU 3 : KOKURIKULUM

Berdasarkan kenyataan di bawah, sila kemukakan ulasan anda dengan kepanjangan perkataan tidak kurang daripada 100 patah perkataan

 Baru-baru ini telah tersebar ura-ura kerajaan akan menaikkan peratus markah penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum melebihi 10%. Apakah pandangan anda?

2 comments:

ng said...
This comment has been removed by the author.
ng said...

Pada pendapat saya , saya amat bersetuju dengan tindakan kerajaan yang akan menaikan markah penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum . Hal ini kerana dengan menyertai kegiatan kokurikulum , kita akan dapat memperolehi pelbagai feadah. Pertamanya ,kegiatan kokurikulum membolehkan para pelajar belajar mengenai sifat kepimpinan. Sebagai contohnya , jika seorang pelajar telah dilantik sebagai ketua persatuan Bahasa Malaysia , dia pasti akan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh gurunya dengan sempurna. Dia juga akan memikul tanggungjawabnya sebagai seorang ketua. Dengan ini , mereka dapat menilai keupayaan serta sifat kepimpinan mereka . Secara tidak langsung , kegiatan kokurikulum dapat melatih seseorang pelajar menjadi pemimpin yang berkaliber. Hal ini amat penting untuk mencapai wawasan negara yang hendak melahirkan generasi yang berpendidikan dan mempunyai sifat kepimpinan . Selain itu, kegiatan kokurikulum juga membantu para pelajar membentuk disiplin diri. Setiap ahli dilatih menepati masa, mematuhi peraturan pasukan dan mengikut arahan ketua. Dengan adanya disiplin diri yang mulia, kita akan dapat melakukan sesuatu dengan sempurna dan seterusnya menyakinkan orang lain. Hal ini amat penting untuk untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Tambahan pula , pelajar dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak terdapat dalam sukatan pelajaran . Misalnya , penyertaan dalam Persatuan Bulan Sabit Merah dapat mengajar para pelajar mengendalikan situasi kecemasan dan cara-cara menggunakan pertolongan cemas. Pengetahuan dan pengalaman juga dapat ditimba melalui sesi ceramah dan lawatan sambil belajar. Pengetahuan ini amat penting untuk kehidupan kita pada bila-bila masa sahaja terutamanya semasa kita mengalami kesusahan.
Di samping itu , kegiatan kokurukulum juga dapat menyemaikan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar yang berlainan kaum. Mereka dilatih bekerjasama , bertolak ansur dan saling membantu sewaktu melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum. Dengan adanya nilai murni ini , perpaduan dan persefahaman kaum dapat dipupuk . Hal ini amat penting terutamanya dalam masyarakat kini yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kesemua faedah ini amat penting untuk diri kita. Oleh itu , tindakan kerajaan ini adalah sangat wajar untuk memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Jika peraturan ini tidak dilaksanakan , pasti terdapat banyak pelajar yang tidak hadir ke hari kokurikulum. Dengan ini , mereka hanyalah "ulat buku" sahaja kerana pengetahuan mereka hanya terhad dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
.............DARIPADA NG SIN YEE ................

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
Sejak 12 September 2009
Documents

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.