www.iLuvislam.com
oleh : syuk88
oleh : syuk88
Visi & Misi
Ke mana arah tuju kita, adakah kita hanya diperhambakan oleh program-program sebegini. Ibu ayah dan guru-guru suruh belajar 'rajin-rajin', pakar motivasi berpesan mesti ada 'visi dan misi yang jelas', ustaz dan ustazah memperingatkan supaya 'tutup aurat dan jaga akhlak', malangnya apa yang terjadi sekarang. Semuanya hanyalah menjadi halwa telinga buat sementara waktu sahaja seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Semuanya tidak kita endahkan. Malahan mendatangkan keuntungan kepada sesetengah pihak iaitu media.
Semakin menjadi-jadi media pada hari ini merencanakan program-program yang bersifat realiti kerana program sebegini mendatangkan 'income' yang besar kepada mereka. Media sepatutnya menjadi wadah perjuangan agama bukannya menjadi boneka negara-negara barat. Ini merupakan salah satu agenda negara-negara barat untuk merosakkan agama kita tanpa kita sedari. Kita ini terlalu buta kerana apa? Kerana kelalaian dan kelekaan kita yang tak disedari.
Pengaruh Barat?
Kita sepatutnya sedih dan malu kepada Allah dengan keadaan negara kita yang semakin menyamai negara barat malahan malang lagi bila golongan dewasa dan tua juga semakin hanyut dan terperangkap dalam perangkap hedonisme. Perangkap-perangkap ini amat halus tanpa kita sedari sehingga akan membawa kepada masalah hati dan akhidah. Lihatlah keadaan kebanyakkan keluarga pada hari ini, lebih menyedihkan apabila wujudnya ibu bapa yang mana terlalu 'sporting', dimana mereka menggalakkan anak-anak mereka menyertai program serta rancangan realiti hiburan yang tidak membawa faedah langsung.
Berhibur tidak salah, tetapi salah memilih hiburan dan keterlaluan pula buruk padahnya. Ia umpama gula dan garam dalam sesuatu masakan. Sedikit garam dan sedikit gula diperlukan untuk menghasilkan masakan yang sedap. Tetapi apa akan terjadi jika gula terlebih atau garam terlebih dalam suatu masakan. Maka masakan tadi mungkin akan menjadi kurang sedap malahan apabila gula terlebih maka akan mengundang penyakit diabetis, jika garam pula yang terlebih maka akan mengundang hipertensi.
Namun bukan semua rancangan realiti tidak berfaedah, ada juga rancangan realiti yang berfaeadah. Ana puji sesetengah rancangan realiti TV, contohnya Akademi Al-Quran dan Akademi Nasyid. Rancangan yang lebih membentuk jiwa seharusnya diperbanyakkan malah perlu diambil perhatian oleh media
Islam & Hiburan
Islam tidak menjanjikan dunia tanpa hiburan tetapi Islam mengajar kita berhibur berlandaskan syarak. Apabila media
syuk88 adalah penulis di blog : http://tintamahasiswa.blogspot.com
1 comments:
beginilah bila negara islam yang pemerintahnya dibawah pengaruh ZIONIS LAKNATULLAH....
Post a Comment