Pendahuluan
Isu gangsterisme dalam kalangan pelajar sekolahbukan suatu isu yang baru. Malah, isu ini dilihat semakin lama semakin merebak dan sedikit sebanyak memberi masalah kepada pihak sekolah. Sudah pasti, ada beberapa faktor yang mendorong fenomena tersebut berlaku.
Isi 1
Kurangnya didikan agama. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan seharian sudah pasti tidak dapat memberikan didikan agama yang secukupnya keapda anak-anak mereka. Malah, mereka tidak pula menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah agama bagi mengisi kekosongan yang ada pada diri anak-anak mereka. Akibatnya, anak-anak tiudak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Lantas, mereka mudah terjerumus ke kancah aktiviti gangsterisme.
1 comments:
pada pendapat saya, saya rasa pengaruh rakan sebaya juga punca berlakunya isu gangterisme dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar pada masa kini sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Kalau seseorang tidak melakukan apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya, rakan-rakan tersebut akan menyingkirkan dia daripada mereka. Demi dapat terus menjadi rakan mereka, seseorang pelajar itu akan melakukan benda yang dilakukan oleh rakan-rakannya tanpa mempertimbangkan kesannya. Bukan itu sahaja, seseorang pelajar itu mungkin akan melakukan kesalahan jenayah juga. Daripada william.
Post a Comment