SINGAPURA 30 Jun – Tepat pukul 11 malam ini, perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat selama-lamanya. Setelah hampir 80 tahun beroperasi, kini perkhidmatan yang menjadi sisa-sisa lambang penyatuan ‘sebuah’ negara suatu ketika dahulu hanya tersimpul rapi sebagai lipatan sejarah. Kereta api terakhir, ‘membawa’ semua memori suka-duka perkhidmatan KTMB kembali semula ke tanah besar Semenanjung. Suasana di stesen agak riuh rendah sejak pukul 5 petang apabila ia diserbu oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar detik-detik bersejarah hari ini dan membeli cenderamata KTMB. Bagaimanapun putaran lagu Salam Terakhir nanyian Allahyarham Sudirman Arshad sepanjang petang ini menambahkan suasana pilu terhadap orang ramai dan kakitangan KTMB di stesen itu. Perkhidmatan tren terakhir itu lebih bermakna apabila dipandu sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dinaiki kira-kira 500 penumpang termasuk media dan pekerja rakyat Malaysia yang bertugas di stesen itu dan di depot meninggalkan tanah Singapura untuk selama-lamanya. Majlis pelepasan tren terakhir itu turut dimeriahkan dengan penyampaian sijil kepada penumpang tren terakhir berkenaan. Setelah mengharungi perjalanan selama kira-kira satu setengah jam, tren tersebut tiba di Stesen Johor Bahru Sentral kira-kira pukul 12.30 malam. Mulai esok, Woodlands Train Checkpoint (WTCP) menjadi destinasi terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura, manakala nasib Stesen Tanjong Pagar akan ditentukan oleh kerajaan Singapura yang berjanji mengekalkannya sebagai warisan seperti yang terkandung di dalam Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) pada 1990. Stesen Bukit Timah yang terletak antara Tanjong Pagar dan WTCP turut akan ditutup berkuat kuasa mulai esok. Jadual ke Woodlands akan berterusan sehingga KTMB menamatkan perjalanan ke Singapura sepenuhnya yang hingga kini tarikhnya belum dimuktamadkan. Selepas itu, tiada lagi perjalanan ke republik berkenaan menggunakan kereta api. Stesen terakhir selepas KTMB menamatkan perkhidmatan di WTCP adalah Stesen Johor Bahru Sentral.
Friday, July 1, 2011
Selamat tinggal Tanjong Pagar
Followers
TENTANG DIRI SAYA
- MALEQUE SELAMAT
- GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)
ALAMAT EMAIL
ANDA BERMINAT?
LEARNING TO SCORE
- 2008 KERTAS 2 - SET 3
- 2008 KERTAS 2 - SET 2
- 2008 KERTAS 2 - SET 1
- 2008 KERTAS 1 - SET 3
- 2008 KERTAS 1 - SET 2
- 2008 KERTAS 1 - SET 1
- 2007 KERTAS 2 - SET 4
- 2007 KERTAS 2 - SET 3
- 2007 KERTAS 2 - SET 2
- 2007 KERTAS 2 - SET 1
- 2007 KERTAS 1- SET 1
- 2007 KERTAS 1 - SET 2
- 2006 KERTAS 2 - SET 3
- 2006 KERTAS 2 - SET 2
- 2006 KERTAS 2 - SET 1
- 2006 KERTAS 1 - SET 3
- 2006 KERTAS 1 - SET 2
- 2006 KERTAS 1 - SET 1
- 2005 KERTAS 2 - SET 2
- 2005 KERTAS 2 - SET 1
- 2005 KERTAS 1 - SET 2
- 2005 KERTAS 1 - SET 1
SOALAN PENGAJIAN AM 1
SOALAN PENGAJIAN AM 2
APA KATA ANDA?
KOMENTAR TERAKTIF
Widget by Blogger Widgets
0 comments:
Post a Comment