Friday, July 29, 2011

PM Terus Buka Akses Blog

KUALA LUMPUR 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang awam akan terus dibenarkan mengakses platform media sosialnya walaupun terdapat penyalahgunaan yang serius pada halaman online beliau terutama Facebook sepanjang beberapa minggu lepas.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan semangat ingin mengadakan komunikasi yang terbuka dan secara terus dengan rakyat.

Pada waktu ini, beliau mempunyai lebih 800,000 “Like” di Facebook dan hampir 170,000 pengikut dalam Twitter.

"Adalah tidak adil sekiranya saya menghalang rakyat Malaysia secara umumnya, peluang untuk berinteraksi dengan saya hanya kerana tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sewaktu saya sedang menulis ini juga, saya dapat lihat ramai rakyat yang memberi komen yang bernas serta menyokong dialog yang beradab. Diharap dapat diteruskan begitu,” katanya dalam entri terbarunya di blog www.1Malaysia.com.my. - Bernama

1 comments:

MALEQUE SELAMAT said...

Pada pandangan saya, inilah fenomena yang kita kena hadapi. Semakin besar ruang yang diberikan untuk pihak lain menilai diri kita, semakin banyaklah komen yang kita akan terima. Apatah lagi DSNTR adalah PM Malaysia. Maka, banyaklah komen positif diterima. Tetapi komen-komen yang negatif juga akan turut "singgah" dalam laman sosial yang sangat terbuka itu.

Post a Comment

Followers

TENTANG DIRI SAYA

My photo
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM. PENDIDIKAN; SK TOK KHALIFAH, PT.13 (1972-1977); SAMR SG. HJ. DORANI (1978-1980); SAMT SSAAS, BT. 38 (1981-1984); UNIV MALAYA (1985-1988); MPKTBR (1990); IPSI (1997); UPSI (2000-2005); UPSI (2008-?)

ALAMAT EMAIL

abdmaleks@yahoo.com
abdmaleks@gmail.com
Sejak 12 September 2009
Documents

ANDA BERMINAT?

KOMENTAR TERAKTIF

Widget by Blogger Widgets

KEMASAN TWEETER

Twitter Updates

    follow me on Twitter
     
    PENGAJIAN AM 900. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.