"Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan penyataan ini."
- Soalan ini sangat jelas pembahagiannya. Tentu ramai pelajar yang perasan tentang dua frasa penting iaitu kepentingan dan impak seperti yang tertera dalam soalan tersebut.
- Walau bagaimanapun sedikit keprihatinan diperlukan agar jangan menghuraikan kepentingan dan impak hutan sahaja. Ia boleh menyebabkan esei pelajar menyeleweng sepenuhnya.
- Oleh itu, terma "hutan tanah tinggi" mesti dinyatakan pada mana-mana bahagian esei.
- Kepentingan
- Sumber perubatan/ herba. Akar-akar, daun, kulit kayu mempunyai banyak khasiatnya untuk mengatasi penyakit. Contoh; Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing dan sebagainya.
- Habitat flora dan fauna. Kawasan pembiakan spesis hidupan dan tumbuhan.
- Medan R&D. Tempat para saintis menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Umpamanya, bidang biodeversiti, geologi dan sebagainya.
- Sumber bekalan air. Kawasan tadahan air bersih yang diserap oleh pokok-pokok. Secara semula jadi boleh menyerap asid dan karbon yang sangat bahaya kepada manusia.
- Kawasan punca elektrik hidro. Contoh; Empangan Kenyir, Temenggor, Cenderuh dan Pangi.
- Penyeimbang ekosistem. Hutan boleh menyeimbangkan suhu, gas dan udara. Menyerap karbin dioksida dan membebaskan oksigen.
- Impak
- Kemusnahan habitat flora dan fauna.
- Tanah runtuh. Tanah yang tinggi yang dipotong menyebabkan tebing runtuh.
- Mencemarkan sungai dan kawasan tadahan air.
- Perubahan iklim serta pemanassan global.
- Hakisan tanah. Penebangan pokok menyebabkan struktur tanah menajdi longgar.Apabila hujan turun secara lebat, ia boleh menyebabkan larian air dan hakisan tanah.
6 comments:
segala isi penting sangat membantu dalam peperiksaan....
terima kasih kerana post isi-isi penting karangan ini...
BLEH SAYA MINTA KPNTNGAN DAN CBRAN INDUST KAYU
penting ni,,,,,,,,,,,,,,,,
infi ini banyak membantu sya
suka laa blog nie...ia membantu saya...tq=)
Post a Comment