"Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara" Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang oenting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.
- Secara umumnya soalan ini agak mudah.
- Para pelajar hanya diminta menyatakan empat ciri penting yang mesti ada dalam diri seorang belia.
- Tiada pembahagian kehendak soalan. Oleh itu kehendak soalan 4+0 (Kesemuanya hanyalah ciri-ciri seorang belia).
- Tetapi awas jangan tersilap konsep. Sebagai contoh, belia difahami sebagai "remaja"
- Beragama, bermoral dan berakhlak
- Mempunyai daya kepemimpinan yang baik
- Mempunyai jati diri
- Mempunyai nilai kemanusiaan - Tolak ansur, hormat-menghormati. Mementingkan aspek persaudaraan sejiran dan sebagainya
- Menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi- Menguasai ilmu teknologi. Ilmu yang boleh menjadikan seseorang belia bertindak dengan penih bijaksana.
- Patriotik.
- Gaya hidup yang sihat. Tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak dipandang positif oleh rakyat.
- Kritis dan berani menyuarakan pandangan dan pendapat.
- Berpelajaran bagi menjadikan seorang belia yang berwawasan dan mempunyai daya intelektual yang tinggi.
3 comments:
t kasih cikgu...moga diberkati Allah
HURAIAN DIA APA???
Terima Kasih, cikgu.......
Post a Comment